June 22, 2010

PEMERIKSAAN MATA


Setiap pengalaman hidup kita datang dari deria penglihatan. Disebabkan kita hanya mempunyai sepasang mata untuk digunakan seumur hidup kita, oleh itu adalah sangat penting untuk kita memberi lebih perhatian terhadap penjagaan mata.


KEPENTINGAN MENJALANI PEMERIKSAAN MATA
1. Mata yang keletihan dan sakit kepala boleh dihalangi dengan pembetulan power mata.
2. Kebanyakan penyakit-penyakit mata seperti glukoma, katarak dan lain-lain boleh diubati sekiranya penyakit mata itu dapat dikesan lebih awal.
3. Hanya pemeriksa mata yang professional dan bertauliah yang boleh menjalankan pemeriksaan mata dengan sempurna seperti optometris dan oftalmologis.

BAGAIMANA KERABUNAN BERLAKU?
Bila imej sesuatu objek tidak difokuskan pada retina – menjadikan penglihatan kabur.

JENIS_JENIS KERABUNAN
1. Miopia (Rabun jauh)
2. Hiperopia (Rabun dekat)
3. Astigmatisma (silau)
4. Presbiopia (umur lebih 40 tahun)

LANGKAH-LANGKAH BAIK UNTUK MEMELIHARA KESIHATAN MATA
1. Jika mata anda terasa letih kerana anda banyak membaca dan menulis, cubalah membiasakan diri melihat objek-objek yang jauh semasa rehat dan seboleh-bolehnya yang dipenuhi dengan kehijauan.
2. Membaca dengan keadaan postur (kedudukan tubuh) yang betul. Cuba elakkan membaca sambil baring kerana keadaan ini boleh meningkatkan lagi kerabunan.
3. Membaca dan menulis dalam cahaya yang cukup terang. Seboleh-bolehnya lampu kalimantang (Cahaya putih).

4. Memastikan diet harian anda dilengkapi nutrient seperti Vitamin A, Vitamin C dan Zink.

a) Vitamin A – mengekalkan keupayaan penglihatan, meningkatkan integriti membrane muku termasuk yang mengelilingi mata. Ia juga membantu mengelakkan kerabunan malam.
b) Vitamin c – Mempercepatkan pemulihan jika berlaku jangkitan dan memelihara mata dari pembengkakkan seterusnya.
c) Zink – Konsentrasi yang paling tinggi dalam mata. Ia meningkatkan lagi penggunaan vitamin A

Memperbanyakkan pengambilan buah-buahan seperti oren, papaya, lobak merah (mengandungi Beta Carotene), sayur-sayuran hijau sepeerti sawi, broccoli, bayam dan lain-lain.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2010 Optimal Optometrist. All Right Reserved.