3 JENIS PEMERIKSA MATA
- OFTAMOLOGIS
- OPTOMETRIS
- OPTICIAN
1. OFTAMOLOGIS (MD)
Berkelayakan merawat penyakit mata, boleh melakukan surgery dan memberi preskripsi pembetulan mata. Pembelajaran pra perubatan selama 4 tahun diikuti 4 tahun lagi ijazah Medical Doctorate (MD).
2. OPTOMETRIS (OD)
Pemeriksa mata yang mendiagnos masalah penglihatan. 4 tahun kursus optometri di universiti di iktiraf memegang ijazah kedoktoran dalam bidang optometri (OD) dan diberi lesen dalam memberi preskripsi pembetulan kanta. Boleh mengenal pasti penyakit-penyakit mata.
3. OPTICIAN
Juruteknik dalam menyediakan dan membuat cermin mata, kanta sentuh dan alat oftalmik. Tidak boleh melakukan pemeriksaan mata yang LENGKAP. Tidak memerlukan lesen undang-undang yang sah. Kebanyakan optician adalah dari keturunan.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RABUN?
Rabun ialah satu keadaan di mana imej objek yang dilihat tidak difokuskan di retina (samada di hadapan / di belakang)
APAKAH PENYEBAB RABUN?
Rabun adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan di antara panjang bola mata dengan kuasa optikal. Penyebab sebenar rabun ini masih dalam kajian lagi. Walaubagaimanapun factor keturunan dan pengaruh persekitaran didapati boleh memberi kesan kepada masalah ini.
BAGAIMANA MENGETAHUI ANDA MENGALAMI RABUN MATA?
1) Penglihatan jauh/dekat adalah kabur
2) Mengecilkan mata untuk melihat objek jauh
3) Sakit kepala
4) Mata cepat letih apabila melakukan kerja-kerja pada jarak dekat
5) Silau/sensitif terhadap cahaya meningkat
APAKAH RAWATAN-RAWATAN YANG ADA UNTUK RABUN MATA?
a) Cermin mata
b) Kanta sentuh
c) Pembedahan retraktif (termasuk pembedahan fotoretraktif spt excimer laser/lasik)
TAHUKAH ANDA?• Ramai tidak mengetahui mereka menghidap rabun mata
• Akibatnya apabila rabun mata tidak diperbetulkan ia akan menyebabkan mata malas (Amblyopia)
• Rabun mata yang tidak diperbetulkan juga menyebabkan seseorang mengalami penglihatan yang terhad.
RABUN MATA
Rabun mata yang tidak dirawat penyebab utama penglihatan terhad.
- Menonton TV pada jarak sekurang-kurangnya 2 M
- Membaca sambil baring
- Memegang bahan-bahan bacaan pada jarak sekurang-kurangnya 30 cm
- Menonton TV sambil baring
- Duduk tegak, pastikan cahaya yang mencukupi
- Membaca dalam kenderaan yang bergerak
- Merehatkan mata dengan melihat keluar tingkap selepas membaca atau menggunakan komputer.
- Rambut menutupi mata
• Uji pada jarak 40 cm
• Uji sebelah mata anda pada satu masa
LANGKAH-LANGKAH BAIK UNTUK MEMELIHARA KESIHATAN MATA
1. Jika mata anda terasa letih kerana anda banyak membaca dan menulis, cubalah membiasakan diri melihat objek-objek yang jauh semasa rehat dan seboleh-bolehnya yang dipenuhi dengan kehijauan.
2. Membaca dengan keadaan postur (kedudukan tubuh) yang betul. Cuba elakkan membaca sambil baring kerana keadaan ini boleh meningkatkan lagi kerabunan.
3. Membaca dan menulis dalam cahaya yang terang. Seboleh-bolehnya lampu kalimantang (cahaya putih)
4. Memastikan diet harian anda dilengkapi vitamin-vitamin seperti vitamin A, Vitamin C dan Zink
a) Vitamin A – Mengekalkan keupayaan penglihatan, meningkatkan integriti mucous membranes termasuk yang mengelilingi mata
- Membantu mengelakkan kerabunan malam.
b) Vitamin C – Mempercepatkan pemulihan jika berlaku jangkitan dan memelihara mata dari pembengkakkan seterusnya.
c) Zink – Konsentrasi yang paling tinggi dalam mata. Meningkatkan penggunaan vitamin A.
Memperbanyakkan pengambilan buah-buahan seperti oren, lobak merah ( mengandungi Beta Carotene), Sayur-sayuran hijau seperti sawi, broccoli, bayam dan lain-lain.