Showing posts with label Mata. Show all posts
Showing posts with label Mata. Show all posts

June 21, 2010

3 JENIS PEMERIKSA MATA

View Comments

3 JENIS PEMERIKSA MATA

  • OFTAMOLOGIS
  • OPTOMETRIS
  • OPTICIAN
Ketiga-tiga profesion tersebut mendapat tahap latihan yang berlainan dan mempunyai tanggungjawab yang berlainan sebagai pemeriksa mata.


1. OFTAMOLOGIS (MD)
Berkelayakan merawat penyakit mata, boleh melakukan surgery dan memberi preskripsi pembetulan mata. Pembelajaran pra perubatan selama 4 tahun diikuti 4 tahun lagi ijazah Medical Doctorate (MD).

2. OPTOMETRIS (OD)
Pemeriksa mata yang mendiagnos masalah penglihatan. 4 tahun kursus optometri di universiti di iktiraf memegang ijazah kedoktoran dalam bidang optometri (OD) dan diberi lesen dalam memberi preskripsi pembetulan kanta. Boleh mengenal pasti penyakit-penyakit mata.


3. OPTICIAN
Juruteknik dalam menyediakan dan membuat cermin mata, kanta sentuh dan alat oftalmik. Tidak boleh melakukan pemeriksaan mata yang LENGKAP. Tidak memerlukan lesen undang-undang yang sah. Kebanyakan optician adalah dari keturunan.




APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RABUN?
Rabun ialah satu keadaan di mana imej objek yang dilihat tidak difokuskan di retina (samada di hadapan / di belakang)


APAKAH PENYEBAB RABUN?
Rabun adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan di antara panjang bola mata dengan kuasa optikal. Penyebab sebenar rabun ini masih dalam kajian lagi. Walaubagaimanapun factor keturunan dan pengaruh persekitaran didapati boleh memberi kesan kepada masalah ini.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2010 Optimal Optometrist. All Right Reserved.